Saturday, March 12, 2011

Melayu Follow Kongsi Gelap

    Fenomena berkongsi gelap dlm masyarakat melayu muslim bolih d kesan dlm 3 bentuk.Pertama,menjadi ahli kongsi gelap melayu samada bendera putih atau bendera merah.Corak kedua ialah menyertai kongsi gelap cina sahaja dan yg ketiga menyertai kongsi gelap melayu dan pada masa yg sama juga menyertai kogsi gelap cina.corak yg ketiga ini paling ketara sewaktu meletusnya rusuhan pulau pinang pada 1867.J.D Vaugham berjaya menemuramah seorang"tuan haji" yg pernah menyertai kongsi gelap HO SENG.Walaupun terikat dgn sumpah setia kongsi gelap yg d sertainya,tuan haj tersebut nampaknye tidak takut mendedahkan rahsia dgn alasan sebagai seorang Islam dirinya tidak terikat dengan sumpah kongsi gelap cina.Orang2 melayu penting bagi kongsi gelap cina untuk berurusan dgn polis yg kebanyakan dr org2 melayu dan juga untuk melakukan tugas2 yg kongsi gelap cina itu sendiri tidak mahu terlibat.Orang2 melayu dlm hal ni ,menjadi"batu loncatan"kepada kongsi gelap seperti merasuah dan melawan pihak polis lalu dpt lah menutup keburukan kongsi gelap cina.Bagi sesetengah orang melayu muslim,mereka memilih menyertai kongsi gelap cina setelah mengetahui faedah2 seperti perlindungan yg d berikan lebih baik drpd pihak polis."merah"dlm sebutan cina bermaksud"kepatuhan"dan"putih"membawa erti "kesetiaan".Kepatuhan dan kesetiaan merupakan cogankata penting bg kongsi gelap Ghee Hin,Ghe Hok dan Ho Seng.Bagi kongsi gelap yg mempunyai ahli cina dan melayu,upacara angkat sumpah juga bercampur aduk.Di sesetengah tempat,upacara mengangkat sumpah dan sijil2 dikeluarkan dlm bahasa cina.Kumpulan Bendera Melayu,meskipun mempunyai aturcara dan simbol2 yg berasingan daripada ahli cina tetapi tidak d nafikan simbol2 atau aturcara itu berkecenderungan kepada aturcara cina.Misalnya"potong ayam"apa yg membezakan aturcara kongsigelap melayu dan cina adalah pengunaan al-Quran yg d junjung oleh setiap ahli ketika melafaz sumpah untuk tidak membocorkankan rahsia pergerakan.











     Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama.
Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya.
Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu.
Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".
Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan MafiaCosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment